We can help prevent crimes

We often hear or read news about theft and all sort of crimes that haunted us every single day. They aren’t very fussy in choosing their targets while most of the victims are traumatized because of the incidents.

So, what we can do, one of them is helping the police in preventing the crimes.

————————————————————————————————————————

Unit sukarelawan boleh bantu polis cegah jenayah

Oleh Nor Azma Laila
norazma@bharian.com.my

KUALA LUMPUR: Penduduk di kawasan perumahan terutama pangsapuri disaran bekerjasama dengan polis dalam membanteras jenayah dengan menyertai unit sukarelawan pencegahan jenayah di kawasan masing-masing.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata adalah mustahil untuk mengharapkan polis semata-mata dalam membanteras dan menyelesaikan kes jenayah yang berlaku di negara ini.

“Sememangnya tanggungjawab membanteras jenayah tugas polis, tetapi untuk mengharapkan polis sentiasa ada di setiap kejadian dan menyelesaikan masalah penduduk seperti Superman atau Spiderman, ia adalah mustahil.

“Bagaimanapun, saya yakin dengan bantuan dan kerjasama penduduk setempat, banyak masalah jenayah boleh dibanteras dan diatasi kerana berdasarkan penyertaan masyarakat dalam unit pencegahan jenayah di beberapa kawasan sebelum ini, ia menunjukkan kesan positif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Komuniti Polis dan Masyarakat serta sesi dialog bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Melati, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Barisan Nasional Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look dan Ketua Balai Polis Wangsa Maju, Cif Inspektor Misfani Hamdan.

Zakaria berkata, bagi memastikan penduduk di sekitar Taman Melati mudah membuat aduan mengenai sebarang kes jenayah yang berlaku di kawasan itu, satu pondok polis yang menempatkan dua anggota bertugas, diletakkan di situ.

Katanya, polis juga akan meningkatkan kawalan keselamatan kepada penduduk di Taman Melati dari semasa ke semasa bagi mengurangkan berlakunya kes jenayah di kawasan berkenaan.

“Sepanjang tahun ini, sehingga Mei, beberapa kes jenayah dilaporkan di kawasan sekitar Taman Melati antaranya termasuklah kes pecah rumah, samun, curi kereta, ragut dan curi motosikal yang mencatatkan kes terbanyak..

“Sebanyak 15 kes curi motosikal dilaporkan setakat Mei manakala kes pecah rumah pula membabitkan 12 kes, curi kereta (9), samun (7) dan ragut lima kes,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Penduduk Kawasan 12, Taman Melati, Roslan Madon, berkata polis perlu mengadakan rondaan lebih kerap pada waktu pagi dan petang, ketika ramai warga kota keluar dan balik kerja.

“Ini kerana, banyak kes ragut membabitkan penduduk di kawasan ini berlaku pada jam 6.30 hingga 7.30 pagi dan 4 hingga 5.30 petang, iaitu waktu penduduk keluar dan balik dari kerja yang mana tidak banyak rondaan dibuat pada waktu ini.

“Kes ragut sudah tidak banyak berlaku pada waktu malam kerana polis dan KRT membuat rondaan pada waktu malam. Jadi saya harap polis dapat meningkatkan lagi rondaan pada waktu pagi dan petang pula bagi mengelakkan kes ragut berlaku,” katanya.

(BHarian)

————————————————————————————————————————

~ by anaksenikl on May 19, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: