Siaran langsung pelancaran Festival Kuala Lumpur di TV1

There will be Kuala Lumpur Festival from 1st till 31st July 2009.

————————————————————————————————————————–

HADIR dengan matlamat utamanya menyatukan seluruh masyarakat Malaysia daripada semua generasi dan bangsa menerusi semangat kreativiti dan perpaduan, Festival Kuala Lumpur (FKL) sekali lagi diadakan bermula 1 hingga 31 Julai 2009 ini.

Kuala Lumpur Festival
Justeru sebagai pembukaan, terdahulu dilangsungkan Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur pada 30 Jun 2009, jam 8.30 malam di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur dan dipancarkan secara langsung menerusi TV1.

Pertama kali dilancarkan pada 30 Jun 2006 lalu, gabungan persembahan membabitkan genre seni persembahan, seni tampak, warisan, bahasa dan persuratan juga permainan tradisional dalam satu majlis gilang-gemilang seni dan budaya tempatan juga antarabangsa.

Siaran langsung dipancarkan dari pentas Auditorium Perdana, Angkasapuri itu bakal menampilkan persembahan hebat artis terkenal tanah air daripada pelbagai bangsa iaitu melibatkan Norynn Aziz, Daniel Lee, Dato’ David Arumugam, Bob AF, Jo-Anna (Bintang RTM 2009), Eddie Nazrin (Juara Bintang Asli Remaja 2006), Nurain Asyikin (Juara Bintang RTM 2008), Shazet Beatbox dan Esther OiAM.

Malah majlis ini turut menyaksikan gandingan pengacara membabitkan Nurul Alis dan Gerald (juruhebah radio Traxx fm) mengendalikan program yang disiarkan sepanjang dua jam ini.

Majlis Pelancaran Festival Kuala Lumpur ini diterbitkan oleh Nor Kuzaimah Abd Aziz, Unit Hiburan TV, RTM.

Kuala Lumpur Festival

Kuala Lumpur Festival
Sementara itu, di acara lain pula, kumpulan Hujan akan menghiburkan peminatnya menerusi persembahan istimewa mereka di perkarangan Laman Santai, Istana Budaya (IB), Jalan Tun Razak, hari ini, jam 8.30 malam.

Laman Santai dibuka kepada pengunjung setiap Sabtu, bermula jam 8.30 malam hingga 11 malam. Sejak dibuka pada November 2007, pelbagai program yang diadakan di laman ini mendapat sambutan menggalakkan daripada warga Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang.

Selain kumpulan Hujan, turut muncul ialah Isma AF7 untuk beraksi di pentas Laman Santai yang popular dengan hidangan nasi lemak dan tahu bakar.

Kuala Lumpur Festival

Kuala Lumpur Festival

Diambil dari: Berita harian online.

————————————————————————————————————————–

~ by anaksenikl on July 1, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: