Raja Nong Chik merasmikan Pra Pelancaran Floria Putrajaya 2009

Festival Floria Putrajaya 2009

PUTRAJAYA 30 Jun – Festival Bunga dan Taman (Floria) Putrajaya 2009 yang akan berlangsung mulai 1 hingga 9 Ogos ini di sini menjanjikan kemeriahan lebih berwarna-warni dengan lebih 350,000 pengunjung dijangka hadir.

Festival Bunga dan Taman (Floria) Putrajaya 2009Festival Bunga dan Taman (Floria) Putrajaya 2009

Bakal menampilkan 400,000 jenis bunga-bungaan dan tanaman hiasan dalam taman yang indah, Floria Putrajaya 2009 menjadikan pelbagai jenis orkid di negara ini sebagai bunga tema dan tarikan utama.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, festival kali ini membawakan kelainan dengan mempamerkan konsep taman herba dan sayur-sayuran.

Menurutnya, ia juga merangkumi pameran taman korporat, taman universiti dan sekolah, taman agro ornamental, pameran taman istimewa, taman bazaar, mart hortikultur, Laman Seni dan Kiddie Garden.

Kata beliau, penganjuran festival itu sejajar dengan komitmen kerajaan untuk memajukan Putrajaya sebagai bandar raya yang ceria dan bertenaga.

”Saya harap warga kerja kementerian dan Perbadanan Putrajaya sentiasa menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman baru supaya mereka dapat menyelia dan melestarikan Putrajaya sebagai bandar contoh dengan berkesan.

”Tahap kompetensi yang tinggi sangat diperlukan bagi mengekal dan meningkatkan kualiti, bukan sahaja dalam aspek penganjuran festival ini malah dalam menyelenggara landskap dan taman-taman di Putrajaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pra pelancaran Floria Putrajaya 2009 di sini hari ini

Festival dua tahun sekali itu dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan.

Dibuka secara percuma kepada orang ramai mulai pukul 9 pagi hingga 10 malam, ia akan diadakan di tapak Persisiran Tasik, Presint 2 di sini dengan tema ‘Kemeriahan Warna’.

Hadir sama Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman.

Sementara itu, Samsudin berkata, pihaknya yakin sebanyak 67 lot yang disediakan akan dipenuhi oleh peserta festival termasuk para penjual produk bunga-bungaan.

Jelas beliau, festival tersebut turut disertai oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), institusi pengajian tinggi dan 20 buah sekolah.

”Sepanjang festival itu, para pengunjung bukan sahaja berpeluang menyaksikan pameran taman dan bunga-bungaan malah membeli produk-produk yang dijual.

”Kita juga akan adakan demonstrasi, ceramah perkebunan dan teknik penanaman bunga,” katanya.


Oleh HELMI MOHD. FOAD

Utusan Malaysia

~ by anaksenikl on July 2, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: