Ke arah 1Malaysia – Raja Nong Chik

Seni budaya pelbagai kaum boleh semai 1Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Jun – Seni budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini merupakan satu kaedah terbaik untuk menyemai semangat 1Malaysia dalam kalangan rakyat.

Raja Nong Chik ketika merasmikan Festival Kuala Lumpur 2009

Raja Nong Chik ketika merasmikan Festival Kuala Lumpur 2009

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, konsep 1Malaysia bukan mudah untuk dilaksanakan sepenuhnya jika ia tidak bergantung kepada medium-medium yang mempunyai persamaan antara semua kaum.

“Cara yang terbaik pada pandangan kita buat saat ini, melalui seni, kita dapat membina masyarakat Malaysia yang saling mengenali antara satu sama lain,” katanya ketika berucap merasmikan program Festival Kuala Lumpur 2009 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen.

Festival Kuala Lumpur 2009 akan berlangsung selama sebulan bermula esok dengan menyajikan 70 aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pelbagai organisasi kerajaan, swasta, syarikat seni dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tema festival berkenaan ialah 1Malaysia Di Sini Semaraknya Seni.

Tambah Rais, jika seni kebudayaan masyarakat pelbagai kaum dapat dipersembahkan dengan teratur seperti melalui program Festival Kuala Lumpur 2009, maka objektif untuk mencapai gagasan 1Malaysia akan dapat dilakukan dengan lebih baik.

“Kita akan dapat membentuk masyarakat yang kukuh,” katanya.

Dari: Utusan Malaysia

~ by anaksenikl on July 4, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: