Hampir setengah juta pengunjung dijangka ke Floria Putrajaya 2009

Menteri Wilayah persekutuan, Senator Raja Datuk Nong Chik Raja Zainal Abidin telah merasmikan pembukaan Floria Putrajaya 2009, 2 minggu lepas.Seperti biasa, tujuan utama untuk menarik lebih ramai pelancong, tidak kira pelancong dari dalam atau luar negara. Tapi, apa yang saya ingin ‘highlight’ kan di sini, adalah kita sebenarnya mempunyai tarikan yang bertaraf dunia.

Mungkin disebabkan ekonomi yang kurang memberangsangkan sekarang, barulah kita terfikir untuk melancong di dalam negara. Sekurang-kurangnya kita tukarlah cara pemikiran sedemikian. Mungkin kerana kita terlalu mengagung-agungkan tempat orang, maka kita buta terhadap keindahan negara sendiri. Kadang kala saya malu sendiri. Sering kali saya mendengar cerita mengenaipelancong luar negara lebih mengenali tempat-tempat menarik di dalam negara kita berbanding sesetengah rakyat Malaysia sendiri.

Marilah kita kenali Malaysia sebelum kita diperlekehkan oleh pelancong dari luar negara kerana mereka lebih berbangga kerana dapat melawat tempat-tempat perlancongan berbanding kita yang tidak pernah menjejakkan kaki di tempat-tempat tersebut.

————————————————————————————————————————–

PUTRAJAYA: Lebih 400,000 pelancong tempatan dan asing dijangka menghadiri Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2009 (Floria Putrajaya 2009) yang mempamerkan lebih 400,000 jenis bunga hiasan berwarna-warni di Persiaran Tasik, di Presint 2 di sini, selama sembilan mulai 1 hingga 9 Ogos ini.

Majlis pelancaran Floria Putrajaya 2009 bertemakan ‘Kemeriah Warna’ itu akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, pada 2 Ogos.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman, berkata program itu mampu menarik minat lebih ramai pelancong asing dan tempatan ke Putrajaya berikutan sambutan luar biasa diterima sempena penganjuran Floria Putrajaya 2007.

Samsudin berkata, penganjuran Floria Putrajaya 2009 juga membuktikan komitmen Perbadanan Putrajaya dalam usaha membangunkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini sebagai ‘Vibrant City’.

Katanya, program berkenaan juga membuka peluang kepada pemain industri landskap dan hortikultur di Malaysia untuk mengetengahkan, mempamerkan dan memasarkan produk masing-masing.

“Saya yakin program yang mempamerkan pelbagai jenis tanaman, tumbuhan herba, landskap dan bungaan terutama orkid keluaran tempatan mampu menjadi daya tarikan kepada pelancong terutama peminat Orkid dari seluruh dunia untuk mengunjung Floria Putrajaya 2009.

“Program ini secara tidak langsung dapat memperkukuhkan imej dan mempromosikan Putrajaya sebagai “Bandaraya Dalam Taman dan Bandaraya Berbunga” serta menjadikan sektor pelancongan sebagai penggerak utama ekonomi di Putrajaya,” katanya.

Floria Putrajaya 2009 akan dibuka secara percuma setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 10 malam. Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan menghubungi 03-88875034 atau laman web di http://www.ppj.gov.my.

Source: Berita Harian Online
————————————————————————————————————————-

~ by anaksenikl on July 20, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: