Floria 2009 dapat sambutan menggalakkan

PUTRAJAYA: Perbadanan Putrajaya (PPj) berpuas hati dengan sambutan menggalakkan pengunjung terhadap Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2009) yang berlangsung selama sembilan hari bermula Sabtu lalu hingga 9 Ogos ini.

Timbalan Pengarah Perhubungan Awamnya, Zaharah Selamat, berkata walaupun Floria 2009 tidak menampilkan perarakan kereta berhias, namun orang ramai khususnya peminat bunga masih berpusu-pusu mengunjungi festival berkenaan.

Malah, katanya, Presiden PPj, Tan Sri Samsudin Osman sendiri melahirkan rasa gembira ketika berucap pada perhimpunan bulanan PPJ kelmarin, berikutan jumlah pengunjung Floria 2009 sudah mencecah lebih 100,000 orang.

“Berikutan itu, kita jangka jumlah pengunjung Floria tahun ini mampu melebihi jumlah dicatatkan dua tahun lalu,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, tinjauan Berita Harian mendapati, orang ramai terutama pengunjung dari luar Putrajaya dan pelancong asing sudah membanjiri tapak Floria 2009 di Persiaran Tasik, Presint 2 di sini, sejak pagi lagi.

Kebanyakan mereka bukan saja datang menikmati keindahan bunga-bungaan tetapi turut meluangkan masa membeli pelbagai produk termasuk bunga, hasil seni, hiasan taman dan landskap sebagai ‘buah tangan’.

Floria kali ini memilih tema `Kemeriahan Warna’ bagi menggambarkan kepelbagaian warna, bentuk dan spesis bunga yang dipaparkan dalam bentuk taman yang mencerminkan nilai budaya, adat resam dan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Festival yang dirasmikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu dibuka kepada orang ramai secara percuma dari jam 9 pagi hingga 10 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

Waktu pameran dilanjutkan sehingga jam 12 tengah malam pada hujung minggu.

Source: Berita harian online

~ by anaksenikl on August 5, 2009.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: